Servis Tempahan

Selain membeli emas lama, Kedai Emas Naufal di Taman Perling, Johor Bahru juga menerima tempahan ukiran nama dan ikat batu pada emas. Nama boleh diukir pada loket, rantai tangan, rantai leher atau cincin, dalam tulisan Rumi, Jawi, Arab, Cina (中文) atau Tamil (தமிழ்).
Tempahan ukiran nama dan ikat batu biasanya siap dalam masa sekitar 2 minggu, bergantung kepada reka bentuk, saiz dan kerumitan kerja. Harga dikira berdasarkan berat emas, dan upah tempahan dikira berasingan daripada harga emas.

Jika anda ada batu akik, permata, pearl atau batu daripada barang kemas lama keluarga, bawa ke kedai. Kami periksa dahulu sama ada batu itu sesuai diikat semula menjadi cincin atau loket baharu.
Emas lama anda tidak semestinya perlu dijual. Ia boleh dijadikan trade-in untuk membayar tempahan baharu. Kadar trade-in lebih tinggi sedikit berbanding kadar jual biasa, untuk bahagian emas lama yang digunakan bagi barang baharu. Baki emas lama dikira mengikut harga belian hari ini.
Kedai Emas Naufal, Lobi Hotel Amerin, No. 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru · 10 pagi – 6.30 petang · Tutup setiap hari Rabu
Kedai Emas Naufal Perling, Johor Bahru: buka 10 pagi hingga 6.30 petang (tutup setiap Rabu).
Kunjungi Kami
Telefon: 012-234 8203
| Setiap hari kecuali Rabu | 10:00 pagi – 6:30 petang |