Bangle Emas 916 di Johor Bahru: Paku, Diamond Cut, Zigzag, Clover dan Dubai
Bangle ialah barang kemas yang paling mudah dipakai — sarung terus, tak perlu kancing. Ia juga antara cara paling popular menyimpan emas kerana beratnya lebih tinggi berbanding rantai halus.
Rekaan bangle yang ada sekarang

Bangle Paku — rekaan berpaku yang moden dan berani. Saiz 5.6, 6 dan 6.3.

Bangle Diamond Cut — potongan berlian yang berkilau setiap kali tangan bergerak. Saiz 5.6 dan 6.

Bangle Zigzag — corak timbul yang menyerlah, saiz 6.

Bangle Clover — motif clover yang feminin, saiz 5.8.

Bangle Dubai — rekaan lebar dan mewah. Pilih Bangle Dubai saiz 5.2 atau Bangle Dubai Bebola 3 Warna (free size).
Cara pilih saiz bangle
- Rapatkan jari seperti mahu sarung bangle, ukur bahagian paling lebar tapak tangan
- Kebanyakan wanita memakai saiz 5.6 hingga 6
- Paling tepat: datang ke kedai dan cuba sendiri — kami bantu pilihkan
Cara harga dikira
Harga = berat emas × harga emas 916 hari ini + upah. Harga di website dikemas kini ikut harga emas semasa.
Lawati kami
Kedai Emas Naufal, Lobi Hotel Amerin, 35 Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, Johor Bahru.
Buka 10am – 6.30pm, tutup setiap Rabu.
WhatsApp: 012-234 8203
新山金店 Taman Perling — 916黄金手镯,欢迎到店试戴。